Friday, 12 August 2011

katakan tidak !! oh no !! hahaha

salam hai korang. . . oh tidak aku tak nak balik uitm jengka..jengka... jengka..... over plak kan haha


Adoi pedih mata mengadap laptop, siapkan report pr, onlne tak abis-abis, mana tak sakit mata fatehah oi..hehehe malam ni aku berada di rumah,di atas katil aku,berbantal kan bntal aku, sambil menaip haha nikmat sungguh rasanya… padahal esok dah kena balik jengka..jengka..jengka.. nada 2 nada time abg kaunter metro bus pgl orang nak ke jengka, aku lah salah sorang yg akan terkedek2 lari berebut tiket,huhu nak buat mcm mana siapa cepat dia dapat kan .. so main terjah je lah…

Perh panjang sungguh mukadimah pasal jengka..jengka ni. Padahal teringat kat abg tu mentang nsem kan hekhek. Hari ni aku happy, dapat berbuka dgn ma, ayh, and abg aku. If tak deorang bertiga jelah. Best balik rumah coz boleh request nak makan apa je yg aku nak, nanti ayh aku msakkan, tu yang untung balik rumah

Tapi esok dah nak balik,pagi-pagi dah kena gerak dah, adoi la, mesti ngantuk tahap cipanzi nanti. Ni pun mata da mengntuk. Yang best kerja satu habuk tak buat lagi, syabas fatehah, syabas,,,good job kau memang suka tangguh2 kerja, nanti mula jadi lipad kudunglah, mata pandalah..salah siapa???? Ko tepuk dahi kau tgok keluarkan x muka kau kat cemin tu, adoi mesti la kua dah aku yang ngadap cermin tu kan..main gurau2 bodoh dah ni huahuahua.

Weh ngntuk doe, tak boleh nak menaip dah ni, nak membuta je matani, tu la petang tadi kerek tak nak tidur sibuk layan cite omputih romantic kau tu,sape suruh??? Tak de orang suruh pun ar, tak payah kecoh2.. ^^
Kla cau cin cau, tadi buka aku minum bandung cincau..apa kaitan ?? saje nak mention lbh2..hehehe ok sayonara~~ gud 9 ;p

Wednesday, 10 August 2011

kawan + sahabat + kekasih gelapku + dan sewaktu dengannya

hai korang... sementara nak mnunggu jam bergerak ke angka 2 p.m terasa gatal plak jemari ni nak menaip haha
 ^^ ok hari ni aku nak buat entry pasal kawan + sahabat + kekasih gelapku + scandal mendel + sewaktu dengannya.Mesti korang tertanya kan HELLO SIAPAKAH ITU KEKASIH GELAPKU YG GELAP SANGAT TU.. hehehe

ok mula-mula aku nak ckp, aku ramai kawan kawan tapi aku ada 2 orang je sahabat, kawan dengan sahabat tu 2 perkara yang sgt jauh maksudnya. ok tu je aku nak cakap haha tak boleh lebih2 nanti over aww ^^

ok let's go to my first kekasih gelap :

tereeengg . . .tereeeenggg . . .

da abis cun dah pic ni anis, aku tau nanti ko bising if aku  tak letak pic ko yang cun2 kan.. huhu




ok ni anis my bestie tak de la gelap pun hhaha tak nak story panjang pasal die ni.. 5 perkara je yang menggmbarkan diri dia.. TEGAS, MASAM, KOREA, PELIK, PANDAI so 5 perkara tu mmg ada dlm diri dia muahahaa sori mek ^^

ok my 2nd kekasih gelap aku :

ni la kak su tapi aku panggil su je.. dia sebaya akak aku..


oke kak sulia a.k.a sulia ni dah tak de gengan kiteorang dia gi buat fast track kat uitm melaka. sedih jugak dia tak de coz takde orang nak marah if buat kerja last minute huhu ^^ ok 5 perkara jugak pasal su ni first CERDIK , GARANG , PERFECT means setiap kerja asignment ke apa kena perfect la.. MISTERI, BAIK ^^

harap giler anis nanti smbung dgree dapat dengan ko jugak. haha harap2 kak su tak lupa kiteorang hehehe tu je kot yang mampu aku mengarut hari ni booo oo booo huhu bye




Tuesday, 9 August 2011

perempuan + cantik = perempuan yg pandai menutup kesedihan

Perempuan yang cantik ialah perempuan yang hanya tersenyum bila hatinya bersedih... tapi aku tak pandai macam tu, maknaya aku tak cantikla kan hahaha.. aku tak reti nak bercerita pasal hati kat orang,, so luahkan melalui lagu jelah.... ^^ *senyum sambil buat muka poyo ...


Pernahkah engkau hargai
cintaku yang sejati
pernahkah engkau mengerti
akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
memberiku sejuta pilu
betapa agungnya asmaramu
membuatku terpaku

Disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu

Nafasku terhenti bila
melihat dirimu
terasa pantas degupan jantungku
mungkinkah hatimu milikku jua
ku sayang padamu....

Kanku abadikan dikau
suatu kenangan yang manis
yang tak mungkin aku lupa
untuk selamanya....





Sunday, 7 August 2011

musuh aku mengajar aku erti kesabaran...

hahaha mesti korang tertanya-tanya apa ? siapa ? rupa macam mana ? aku punya musuh tu kan, kan,.. baik korang mengaku. Sebelum aku cerita lebih panjang lagi pasal musuh aku tu, aku nak la bagi salam dulu..maaf terlupa, assalamualaikum korang semua.. ^^

okey hari ni aku aku nak cerita pasal musuh aku, actually tak la macam musuh, tapi aku anggap macam tu sebab kadang dia ni buat aku nak marah..musuh la tu kan ! betul tak ? oke semua angguk so betul la tu hehehe sengek la kau tehah ^^

sebenarnya MUSUH yang aku paling tak sekali datang ialah....GASTRIK.. !!!! ohh aku tak suka sakit, ceh statement bongok, macam ada orang suka sakit kat dalam dunia ni kan... betul tak ?

so hari ni aku nak share dengan korang apa itu gastrik ? punca musuh aku ni muncul ? dan beberapa tips nak elakkan gastrik time puasa... yelah sekarang kan bulan puasa. tapi akak aku pernah cakap sakit tu nikmat sebab nanti bila sakit da hilang kita tak kan rasa dah kenikmatan tu... so fatehah janganlah mengeluh hehe ok korang nak gi class bye bye ^^ harap korang dapatla info dari entry aku hari ni...


1)  gastrik ialah


"sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut."


2)   Penyebab gastrik ialah :


Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.
Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut. "

3) Punca-punca lain :


1. Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
2. Pengambilan alkohol yang berlebihan
3. Pengambilan kokain
4. Merokok
5. Stres
6. Gangguan autoimun
7. Penyakit crohn
8. Radiasi dan kemoterapi
9. Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
10. Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
11. Rembesan asid gastrik yang berlebihan
12. Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
13. Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.



4)  Tips untuk sepanjang puasa :
a. Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur
 bukan hanya disebabkan oleh masalah gastritis tetapi kerana
 ia merupakan amalan yang disunatkan
b. Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum
 tidur
c. Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil 
makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
d. Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan 
perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang
 sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga 
hingga empat jam sebelum tidur
e. Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia
 menimbulkan masalah pada sistem penghadaman
f. Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti 
cuka dan rempah. Jadi, elakkannya
g. Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
h. Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli,
 kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini
i. Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya
 dapat mengisi perut yang kosong
j. Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.






















Thursday, 4 August 2011

~kelebihan berterawih~

Assalamualaikum . . .


Hai korang semua...korang and korang and yang sewaktu dengannya... hehehe :) Actually aku rasa macam dah terlambat sangat-sangat nak ucapkan SELAMAT BERPUASA tapi aku nak ucapkan jugak... Harap puasa kali ni memberi seribu rahmat buat kita semua kan, kan, kan... ^^ insyaallah ...


So hari ini aku nak share dengan korang fadhilat solat terawih, tetiba nak buat entry pasal ni, bukan apa nak mengingatkan diri ini jugak sebenarnya...huhuhu so jom mari kita berkongsi.. sharing is caring.. yeahhh !! ^^


Malam 1 : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah S.W.T
Malam 2 : Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang bersembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman ).
Malam 3 : Berseru Malaikat di bawah `Arasy supaya meneruskan sembahyang terawih terus menerus, semoga Allah mengampunkan dosa kamu.
Malam 4 : Memperolehi pahala sebagaimana pahala orang² yang membaca kitab² Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.
Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat² yang tawaf di Baitul Ma’mur ( 70 ribu Malaikat sekali tawaf ), serta setiap batu² dan tanah² mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa² orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa A.S serta menolong Nabi Musa A.S menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang yang bersembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim A.S.
Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya kebaikkan di dunia & di akhirat.
Malam 11 : Keluar ia dari dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap² kejahatan dan keburukkan.
Malam 14 : Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkanya pada hari Qiamat.
Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung `Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 : Allah S.W.T tuliskan baginya terlepas dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 : Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang berterawih pada malam ini sebanyak pahala Nabi².
Malam 18 : Seru Malaikat ; “Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepada kamu dan ibubapa kamu (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 : Allah S.W.T meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang² solehin.
Malam 21 : Allah S.W.T membina sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.
Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat, aman daripada tiap²dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Malam 23 : Allah S.W.T membina kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.
Malam 24 : Allah S.W.T membuka peluang 24 doa mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini.( lebih elok berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 : Allah S.W.T mengangkat daripada seksaan kubur.
Malam 26 : Allah S.W.T mengurniakan pahala pada orang yang berterawih pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 : Allah S.W.T mengurniakan ketangkasan melintas atas titian SiratulMustaqim seperti kilat yang menyambar kepada orang yang berterawih pada malam ini.
Malam 28 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di Akhirat.
Malam 29 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 : Allah S.W.T memberi penghormatan kepada orang yang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman ;
" Wahai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini di dalam Syurga, mandilah engkau daripada air Syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang bernama Al-Kautharâ "

p/s : so jom ramai-ramai solat terawih berjemaah ^^
        
hehe kadang dah kenyang makan, nak pergi solat terawih , jangan sampai lupa niat ok !  :)
alhamdulillah....
Siapakah kita ?? kita manusia biasa yang banyak kekurangan diri.. aku pun  kadang macam ni... tapi setiap manusia boleh berubah kan.. insyaallah sama-samalah kita berdoa.. ^^

p/s : segala apa yang aku tunjuk ni adalah untuk diri aku sendiri jugak... so korang selamat berpuasa ^^