Sunday 7 August 2011

musuh aku mengajar aku erti kesabaran...

hahaha mesti korang tertanya-tanya apa ? siapa ? rupa macam mana ? aku punya musuh tu kan, kan,.. baik korang mengaku. Sebelum aku cerita lebih panjang lagi pasal musuh aku tu, aku nak la bagi salam dulu..maaf terlupa, assalamualaikum korang semua.. ^^

okey hari ni aku aku nak cerita pasal musuh aku, actually tak la macam musuh, tapi aku anggap macam tu sebab kadang dia ni buat aku nak marah..musuh la tu kan ! betul tak ? oke semua angguk so betul la tu hehehe sengek la kau tehah ^^

sebenarnya MUSUH yang aku paling tak sekali datang ialah....GASTRIK.. !!!! ohh aku tak suka sakit, ceh statement bongok, macam ada orang suka sakit kat dalam dunia ni kan... betul tak ?

so hari ni aku nak share dengan korang apa itu gastrik ? punca musuh aku ni muncul ? dan beberapa tips nak elakkan gastrik time puasa... yelah sekarang kan bulan puasa. tapi akak aku pernah cakap sakit tu nikmat sebab nanti bila sakit da hilang kita tak kan rasa dah kenikmatan tu... so fatehah janganlah mengeluh hehe ok korang nak gi class bye bye ^^ harap korang dapatla info dari entry aku hari ni...


1)  gastrik ialah


"sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut."


2)   Penyebab gastrik ialah :


Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.
Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut. "

3) Punca-punca lain :


1. Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
2. Pengambilan alkohol yang berlebihan
3. Pengambilan kokain
4. Merokok
5. Stres
6. Gangguan autoimun
7. Penyakit crohn
8. Radiasi dan kemoterapi
9. Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
10. Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
11. Rembesan asid gastrik yang berlebihan
12. Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
13. Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.



4)  Tips untuk sepanjang puasa :
a. Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur
 bukan hanya disebabkan oleh masalah gastritis tetapi kerana
 ia merupakan amalan yang disunatkan
b. Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum
 tidur
c. Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil 
makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
d. Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan 
perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang
 sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga 
hingga empat jam sebelum tidur
e. Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia
 menimbulkan masalah pada sistem penghadaman
f. Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti 
cuka dan rempah. Jadi, elakkannya
g. Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
h. Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli,
 kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini
i. Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya
 dapat mengisi perut yang kosong
j. Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.